Monday, November 29, 2010

APABILA CINTA SUDAH DITAKDIRKAN - Superhuman - Episod 3

Hari kedua di kelas Adrian baru sahaja habis.Tenang Adrian mengemas buku dan barang-barang sekolahnya ke dalam begnya.Tiba-tiba datang Nazirah menolong nya mengemas.

"Kau ni lambat la buat kerja Ann."
"Aku letih la hari ni.Kau ni boleh berhenti membebel tak?"
"Kalau aku berhenti membebel,tak seronok pulak kau."
"Yelah tu,terima kasih tolong aku Nazirah."

Adrian terus menggalas beg dan keluar dari bilik darjahnya bersama Nazirah.Sambil berjalan ke pintu keluar sekolah,Adrian dan Nazirah berborak.Adrian suka berjenaka dengan rakan-rakan rapatnya,jadi Nazirah memang tak kering gusi melayan kerenah Adrian walaupun dia memang susah nak tutup mulut.Cuaca memang panas di Malaysia ni.Adrian dan Nazirah tunggu di pondok pegawai keselamatan sekolah.Seperti biasa,belum sempat apa-apa,ayah Nazirah dah tercegat tunggu depan pagar.Sebentar selepas itu ibu Adrian sampai,Adrian terus ke kereta.Setelah masuk ke dalam kereta.

"Ann,hari ni ibu ingat nak duduk rumah nenek dulu.Petang nanti kita balik lah." kata ibu Adrian kepada Adrian.
"Oh,lepas mandi boleh tak ibu hantar Adrian pergi c.c?"
"Nak buat apa?"
"Amir nak online kejap,dah lama tak buka MySpace Amir."
"Okay,tapi Ibu amik dalam pukul 5 la masa ibu nak balik nanti."
"Beres ibu."

Rumah nenek Adrian dekat saja dengan sekolah Adrian.Sampai di rumah neneknya,Adrian bersiap mandi dan makan.Cuaca diluar tiba-tiba mendung.Hujan rintik sudah mula membasahi bumi yang panas.Segar badan Adrian.Ibu Adrian terus menghantar Adrian ke c.c.

Masuk sahaja,Adrian ternampak rakan sekelas Adrian masih dalam uniform sekolah khusyuk sedang mengadap komputer.Lengang rasanya,sikit sahaja pelanggan hari ni.Ada beberapa orang sahaja didalam pusat komputer ini.Adrian ke kaunter dan membayar untuk servis.

Adrian mengambil komputer di sebelah kawan kelasnya.

"Assalamualaikum,Dian."
"Wa'alaikumussalam,Ann." Dian membalas dengan senyuman.
"Semangat kau main game dari tadi aku perhati kau."

Dian gelak kosong sahaja.

Adrian membuka laman sosial MySpace nya sambil memakai headset memasang lagu kegemarannya.Tiada apa sangat dengan MySpace nya.Hanya 2 friend request dan 4 comment setelah sebulan tidak dibukanya.Adrian bukan lah seorang lelaki yang popular,hanya mempunyai hampir 200 rakan MySpace.Sedang dia bermain komputer,masuk SMS.

"Ann,ibu datang ambil pukul 4 nanti." SMS dari ibu nya.

Melihat jam sudah pukul 3.20 p.m.Adrian duduk bersahaja diatas kerusi berborak dengan rakan kelasnya.

"Ann,aku perasan kau gelabah bila bercakap dengan Zu."
"Zu?Siapa tu?"
"Alah,budak baru tu.Zuraini."
"Oh,ada pula aku gelabah kau ni."
"Terang-terang aku nampak la."
"Mana ada.Aku biasa je dengan dia.Kau ada nombor telefon dia?"
"Biasa je,tapi nak nombor telefon dia." gelak Dian.
"Aku bosan lah.Ada orang baru pun okay jugak apa."
"Siapalah nak dekat kau ni,tapi ambil lah ni"

Adrian menyalin simpan ke dalam telefon bimbit nya.Jam sudah tepat pukul 4.Adrian keluar dari situ menunggu di luar.Agak sejuk.beberapa kanak-kanak sedang lalu dalam hujan dengan payung.Adrian tersenyum melihat kanak-kanak itu sambil menghirup bau segar hujan.Adrian membelek nombor telefon Zuraini yang diambil nya tadi.Hatinya mula berdebar lagi.Sedang dia mencari nombor telefon,ibunya sampai di depannya.Beralih pandangannya ke kereta.Terus menyimpan telefon bimbit nya dan masuk ke dalam kereta untuk pulang ke rumah.

Sampai di rumah Adrian mengeluarkan semua barang dan membawa masuk ke dalam rumah dan mengambil mp3 player dan sweater nya dan keluar dari rumahnya.Hujan sudah berhenti,tapi cuaca makin gelap dan kosong sahaja.Kawasan rumah Adrian kebanyakan orang sibuk bekerja.Kosong dan lengang sahaja sepanjang masa.Adrian memasang mp3 dan mencucuk earphone ke dalam telinganya.Sambil berjalan kosong Adrian membawa keluar telefon bimbitnya.Dia memandang sekeliling nya yang kosong itu.memasukkan kedua-dua tangan nya ke dalam poket sweater nya.

Dia mengeluarkan telefon bimbit nya kembali.Menaip.

"Hai zu :)" lalu menghantar kepada Zuraini.

"Ah,kenapa kau gelabah ni Adrian?Lepak lah." kata hati Adrian cuba menenangkan dirinya.

Adrian cuma klik on mp3 nya mendengar lagu Superhuman dari Chris Brown featuring Keri Hilson.

Tiba-tiba berbunyi telefon bimbit Adrian.Suka Adrian ingin melompat.

"Sape ni?" balas Zuraini.
"Ni Adrian,budak yang awak tegur haritu." Adrian membalas.

Adrian khusyuk berbalas SMS dengan Zuraini.

"Watpe je?"
"Tgh tgk hujan kat lua rumah smbil dengar lagu.Ann watpe? :)"
"Tgh jalan je ni.Dgr lagu pe tu?"
"Superhuman :)"
"Eh same lah dgn Ann!"
"Hehe,ade chemistry ni."

Zuraini baik orangnya bagi Adrian.Adrian tidak pernah mendapat layanan sebaik ini dari perempuan.Selalunya,perempuan tidak akan membalas SMS nya ataupun memarahnya.Adrian gembira dengan perkenalannya bersama Zuraini.



No comments:

Post a Comment