Tuesday, November 23, 2010

APABILA CINTA SUDAH DITAKDIRKAN- Dia -Episod 2

"Panas sial lepak kat sini."
"Redha jela."
"Gila kau nak redha tempat panas macam ni!"
"Kau ni kalau campak dalam neraka macam mana lah kan?"
"hahahaha!"

Perbualan Adrian dengan sekumpulan rakannya di waktu perhimpunan untuk hari pertama selepas minggu orientasi bagi sesi tingkatan 4 hari persekolahan.Adrian sebenarnya hanya menunggu namanya disebut untuk mengetahui dimana kelas nya untuk kali ini.Tingkatan 1 sampai tingkatan 3 semuanya Adrian berada di kelas yang rendah.Bagaimana pula dengan tingkatan 4 nya.

"Adrian Fahrien bin Azmi di kelas 4Adil" kata seorang guru yang sedang menyenaraikan nama dan kelas murid-murid.

"Pergh sial,Ann dapat kelas pertama." 
"Mestilah kelas pertama,aku bukan bodoh sangat."
"Kata 6A budak cemerlangkan."
 Adrian terus menggalas beg dan mengikut barisan seperti yang diarahkan cikgu.Adrian berasa amat jengkel dengan tenungan budak-budak di sekolah nya.

"Aku nak pergi masuk mahkamah apa dorang nak pandang pelik macam ni sekali." kata hati Adrian.

Walaupun Adrian jengkel kerana masuk ke kelas pertama,dia masih mempunyai kawan-kawan yang dikenalinya.Sesudah sampai Adrian dengan seorang rakannya pergi ke pejabat sekolah untuk bertanyakan prosedur Biasiswa Yayasan Pahang.Dalam berjalan tiba-tiba ditegur kak Tengku,seorang seniornya.

"Budak kelas 4A kan?"
"A'ah.kenapa?"
"Nanti ada budak perempuan nak masuk kelas kau tahu?Kau ignore je dia."
"Kenapa?"
"Dia tu entah pape kot,mengata orang banyak."
"Oh,okay je.Nak pergi pejabat ni kak."
"Oh,sorry mengganggu korang."

Adrian sampai di pejabat sekolah.Masih sejuk pagi ni.Kawannya pergi bertanya,manakal Adrian berdiri kosong sambil melihat sekitarnya.Ada sesuatu di dalam bilik pengetua yang menarik perhatiannya.Hatinya tiba-tiba berdebar melihat seorang perempuan bergalas beg Converse berwarna pink bersama maknya.Tapi Adrian tak berkesempatan nak melihat wajahnya kerana dia tidak menoleh kearah Adrian.

"Woi,jom gerak tandas jap." sampuk kawannya.
"Oh,jom." Adrian tersedar dalam lekanya.

Sedang Adrian berjalan tenang baru balik dari tandas cuba menghilangkan gelisah dan kebosanan dia,hampir saja di pintu masuk tiba-tiba keluar seorang perempuan yang agak hyper-aktif orangnya.Dia memandang Adrian dan bertanya.

"Korang dari mana ni?"

Adrian tiba-tiba tidak mampu berkata-kata.Dia jarang begini.Yalah,dia memang muka tak tahu malu.

"Pergi tandas tadi." campur rakan Adrian.
"Oh okay." dia membalas dengan senyuman.

Sedang Adrian kaku rakannya menarik dia masuk ke dalam kelas.Adrian duduk dalam kelomok rakan-rakannya berborak.Antara yang ada disitu ialah Ezani,Amin,Yasir,Judin dan Zharif.Semuanya memang dari kelas atasan.Memang agak bijak pandai semuanya.

"Ann,macam mana kau boleh lepas masuk kelas atas ni?"
"Kau tak tahu ke dia dapat 6A?"
"Kau dapat 6A Ann?!"
"Gila pro kau Ann,aku duduk kelas atas dari dulu pun dapat 5A je."
"Habis aku 4A terus.Lagi hebat."

Sedang mereka ashik berborak.Adrian menguap beberapa kali kebosanan mendengar apa yang rakannya borakkan.Dulu dikelas lamanya,mereka selalu borank pasal game,lawak dan bola sepak.Masuk je kelas ni,Adrian kena banyak bercakap tentang pelajaran.

Lalu Adrian menoleh kebelakang.

"Woi Ann!" jerit seorang wanita tiba-tiba datang dari belakang Ann dengan hentakan kakinya.
"Eh,kau Nazirah?!" kejut Adrian melihat perempuan itu.
"Kau pulak yang terkejut tengok aku aku?Aku patot terkejut tengok kau ada dekat sini!" kata perempuan itu.

Nazirah ialah kawan Adrian sejak darjah 5.Nazirah jauh pendiriannya kalau nak dibandingkan dengan Adrian ni.Masa sekolah rendah Adrian suka mengusik Nazirah kerana mereka berdua pengawas sekolah.Walaupun Adrian seorang pengawas sekolah,perangainya tidak seperti pengawas lain.Kerja dia nak main je.Jadi masa UPSR Adrian dapat 3A manakala Nazirah dapat 5A.Nazirah ni memang bijak orangnya.Tapi disebabkan sudah berkawan lama,Adrian yang selalu diejek dan dilemparkan berbagai-bagai cacian selalunya hanya menyimpan dalam hati.Nazirah pula selalu menceritakan masalahnya kepada Adrian.Adrian selalu mencuba yang terbaik dalam menyelesaikan masalah Nazirah.Jadi di sekolah menengah mereka terpisah oleh kedudukan kelas.Nazirah di sekolah memang pelajar terbaik di sekolah.

"Betul juga cakap kau tu." sambung Adrian.
"Aku dengar kau dapat 6A?"
"A'ah."
"Bagus kau ni sebenarnya.Kau buat ni mesti sebab nak dekat dengan aku kan?" usik Nazirah.
"Mungkin.haha."
"I know you."
"Dah la mengarut Nazirah."

Sedang ashik mereka berborak,Adrian merasakan sesuatu yang tak kena dari tadi.Hatinya masih berdebar-debar.Adrian menoleh melihat perempuan tadi.

"Eh Nazirah,siapa nama perempuan tu?"
"Oh budak tu,Zuraini.Kenapa?Berminat?"
"Eh,gila kau."

Zuraini duduk seorang lalu menelan sesuatu sambil minum air kosong yang dibawanya.Dia kelihatan sesat.Walaupun begitu,dia kelihatan peramah.Zuraini mukanya pucat lesu.Kata Amin,Zuraini ni jangan berkawan sangat dengan dia sebab dia teruk.Apa yang Adrian nampak dia hanya wanita biasa saja.

Cikgu Ani tiba-tiba saja mucul dihadapan pintu.Cikgu Ani merupakan Cikgu bahasa melayu kelas 4 Adil.

"Assalamualaikum semua."

Semua pelajar berdiri dan menjawab salamnya dan membacakan doa.Cikgu Ani memandang dengan senyum sinis kepada Adrian.Mungkin kerana Cikgu Ani merasakan Adrian tak mampu untuk berjalan dengan kelas tinggi ini.Walau apa pun,Cikgu Ani mempunyai anak emas nya iaitu rakan karib Adrian sendiri,Nazirah.

Waktu sejarah pula tiba,Adrian berjalan ke tong sampah yang terletak di belakang kelas.Sedang dia berjalan ke tempat duduknya,Zuraini memanggilnya dengan tiba-tiba.

"Ann."

Adrian pandang ke arahnya.

"Sini jap."
"Saya?" tanya Adrian cuba melawan rasa gementarnya.
"Awaklah.Siapa lagi."

Adrian duduk dihadapannya sedang kerusi dihadapannya kosong.

"Ada apa?"
"Sistem teokrasi tu apa?"
"Sistem beraja kot."
"Oh thanks.Awak ni handsome lah sebenarnya."

Adrian muka merah menyala malu dengan apa yang Zuraini baru cakap.Adrian mukanya gelap dan beriras mamak dikatakan dia handsome.Tambahan pula pelajar berhampiran juga dengar apa yang Zuraini cakap.Adrian terus bangun dan pergi ke Nazirah.

"Nazirah,budak baru tu cakap aku handsome."
"Eh yeke?"
"Takkan aku nak main-main pulak."
"Kau jangan nak mengada sangat baru lagi kenal budak tu.Jangan nak percaya sangat apa yang orang cakap.Kau tak kenal hati budi dialagi.Lagipun kau sendiri pun dengar apa yang orang cakap pasal dia kan."
"Yalah,bising je kau ni." 

Sesudah habis waktu sekolah,Adrian pulang dari sekolahnya menaiki kereta yang dipandu ibunya.

Adrian di rumah cabut baju sekolahnya dan baring di atas katilnya.

"Kenapa aku berdebar-debar tadi?"


#############################################################################

No comments:

Post a Comment