Tuesday, November 16, 2010

APABILA CINTA SUDAH DITAKDIRKAN - Adrian Fahrin - Episod 1

"Riuh sungguh masjid ni." kata Adrian kepada dirinya.
Bapa saudaranya baru sahaja bernikah,dan dia hanya berdiri kosong merenung sekitar nya dengan penuh masam mukanya.
"Jom Adrian!" sampuk bapanya dari belakang.
Adrian sedikit terkejut dan melihat bapanya lalu bapanya terus bergerak keluar dari masjid menuju ke kereta.Adrian berjalan selambe mengikut bapanya.
Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon Adrian berdering mesej diterimanya.Dia dengan penuh harapan membuka mesej itu.
"Ann ko dpt 1a je..." SMS dari Afiq.
"Mampos aku kena dengan bapak aku macam ni!" kata Adrian dalam hati nya dengan muka penuh gelisah.

Adrian Fahrin seorang pelajar sekolah harian biasa.Umur baru 15 lepasan PMR.Seorang lelaki yang jauh personalitinya kalau dibandingkan dengan namanya yang akan wanita jangka hebat dan berpenampilan "jambu".Adrian hanyalah seorang lelaki biasa dengan badan yang "kering".Dengan paras rupa yang tak seberapa.Dia seorang pelajar yang tak bijak senang nak cakap.


"Dah ready nak ambil result PMR ni ann?" Tanya bapa Adrian kepada nya ketika memandu ke sekolah untuk mengambilkeputusan nya dengan senyum sinis.
"Err,dah kot." Adrian mengya kan saja apa yang bapanya cakap.


Sesudah sampai di sekolah nya.Adrian bersama bapanya terus menuju ke pejabat sekolah.Adrian dibelakang bapanya berpeluh-peluh gelisah ingin menerima keputusan PMR yang teruk itu.


"Ya Allah,kenapa aku harus diseksa begini!" kata Adrian dalam hatinya.


Sampai di hadapan pintu Adrian dengan muka penuh redha memasuki bilik pengetua bersama bapanya.


"Eh,ada lagi orang ingin mengaambil keputusan,duduk encik." kata puan Hamimah pengetua sekolah kepada bapa Adrian.
"Terima kasih puan.Sorry lambat datang nak ambil result ni sebab Adrian ada majlis perkahwinaan bapa saudara nya" kata bapa Adrian kepada puan Hamimah dengan senyuman.
"Hah Ann macam mana rasa result ann ni?" Sapa pengetua kepada Adrian sambil cuba menyelak dalam lacinya result PMR pelajarnya itu.
"Okey je kot"
"Okey je kot macam mane tu?"
"Macam tu lah." Adrian berbunyi dengan lemah sambil kepala menunduk kebawah.


Tiba-tiba senyap bilik tanpa balasan perbualan mereka.Muka puan Hamimah penuh kejutan.Adrian bertambah gelisah menelan air liur.Bapa Adrian pula menunggu dengan penuh harapan.


"Ann rasa dapat berapa?" 
"6A kot" Adrian cuba untuk tidak kecewakan bapa nya lagi.
"Haha,Apa yang dapat B?"
"Matematik dengan Sains kot."
"Tahniah Ann dapat 6A."


Adrian terkejut beruk memandang muka puan Hamimah dengan penuh rasa pelik lalu merampas keputusan dan menenung bagai nak tembus slip result tu.


"6A2B?!Dah terbalik apa dunia ni?!"

Bapa Adrian terus bangun dah mengucap terima kasih dengan muka penuh gembira dan keluar dari pejabat.Adrian ikut masih tidak percaya dengan apa yang terjadi.Yelah,dia tak pernah dapat walaupun 2A sejak masuk sekolah menengah.Kerja dia,main,borak,buat lawak dan mengganggu orang.Adrian pula dari kelas yang rendah.Tambahan pula ada pelajar yang melabelkan dia sebagai Looser sekolah.

Sampai di rumah semua ahli keluarga tersenyum lebar dengan keputusan Adrian walaupun dia masih kebingungan.Bapanya membawa keluarganya pergi makan Western Food Pakcik Badar yang menjadi kegemaran Adrian sejak kecil lagi pada malam tu.

Apabila balik dari kedai makan semua letih terus masuk ke bilik masing-masing untuk tidur.Adrian masuk ke bilik dia sengan perlahan masih memikirkan apa yang terjadi sebenarnya.Dia terduduk di atas katil nya dan menyandar memandang ke atas.


"Ya Allah,apa baru terjadi ni?Kenapa tiba-tiba boleh kau kasi aku 6A?Sebelum ni aku mintak tak pernah pulak dapat.Apa-apa pun Alhamdulillah syukur."


Tertutup matanya keletihan.


"Tak sabar nak masuk sekolah jadi budak pandai!" kata Adrian perlahan pada dirinya dengan senyum berada sahaja sebelum terlelap.



##########################################################################


1 comment: