Monday, November 29, 2010

APABILA CINTA SUDAH DITAKDIRKAN - Superhuman - Episod 3

Hari kedua di kelas Adrian baru sahaja habis.Tenang Adrian mengemas buku dan barang-barang sekolahnya ke dalam begnya.Tiba-tiba datang Nazirah menolong nya mengemas.

"Kau ni lambat la buat kerja Ann."
"Aku letih la hari ni.Kau ni boleh berhenti membebel tak?"
"Kalau aku berhenti membebel,tak seronok pulak kau."
"Yelah tu,terima kasih tolong aku Nazirah."

Adrian terus menggalas beg dan keluar dari bilik darjahnya bersama Nazirah.Sambil berjalan ke pintu keluar sekolah,Adrian dan Nazirah berborak.Adrian suka berjenaka dengan rakan-rakan rapatnya,jadi Nazirah memang tak kering gusi melayan kerenah Adrian walaupun dia memang susah nak tutup mulut.Cuaca memang panas di Malaysia ni.Adrian dan Nazirah tunggu di pondok pegawai keselamatan sekolah.Seperti biasa,belum sempat apa-apa,ayah Nazirah dah tercegat tunggu depan pagar.Sebentar selepas itu ibu Adrian sampai,Adrian terus ke kereta.Setelah masuk ke dalam kereta.

"Ann,hari ni ibu ingat nak duduk rumah nenek dulu.Petang nanti kita balik lah." kata ibu Adrian kepada Adrian.
"Oh,lepas mandi boleh tak ibu hantar Adrian pergi c.c?"
"Nak buat apa?"
"Amir nak online kejap,dah lama tak buka MySpace Amir."
"Okay,tapi Ibu amik dalam pukul 5 la masa ibu nak balik nanti."
"Beres ibu."

Rumah nenek Adrian dekat saja dengan sekolah Adrian.Sampai di rumah neneknya,Adrian bersiap mandi dan makan.Cuaca diluar tiba-tiba mendung.Hujan rintik sudah mula membasahi bumi yang panas.Segar badan Adrian.Ibu Adrian terus menghantar Adrian ke c.c.

Masuk sahaja,Adrian ternampak rakan sekelas Adrian masih dalam uniform sekolah khusyuk sedang mengadap komputer.Lengang rasanya,sikit sahaja pelanggan hari ni.Ada beberapa orang sahaja didalam pusat komputer ini.Adrian ke kaunter dan membayar untuk servis.

Adrian mengambil komputer di sebelah kawan kelasnya.

"Assalamualaikum,Dian."
"Wa'alaikumussalam,Ann." Dian membalas dengan senyuman.
"Semangat kau main game dari tadi aku perhati kau."

Dian gelak kosong sahaja.

Adrian membuka laman sosial MySpace nya sambil memakai headset memasang lagu kegemarannya.Tiada apa sangat dengan MySpace nya.Hanya 2 friend request dan 4 comment setelah sebulan tidak dibukanya.Adrian bukan lah seorang lelaki yang popular,hanya mempunyai hampir 200 rakan MySpace.Sedang dia bermain komputer,masuk SMS.

"Ann,ibu datang ambil pukul 4 nanti." SMS dari ibu nya.

Melihat jam sudah pukul 3.20 p.m.Adrian duduk bersahaja diatas kerusi berborak dengan rakan kelasnya.

"Ann,aku perasan kau gelabah bila bercakap dengan Zu."
"Zu?Siapa tu?"
"Alah,budak baru tu.Zuraini."
"Oh,ada pula aku gelabah kau ni."
"Terang-terang aku nampak la."
"Mana ada.Aku biasa je dengan dia.Kau ada nombor telefon dia?"
"Biasa je,tapi nak nombor telefon dia." gelak Dian.
"Aku bosan lah.Ada orang baru pun okay jugak apa."
"Siapalah nak dekat kau ni,tapi ambil lah ni"

Adrian menyalin simpan ke dalam telefon bimbit nya.Jam sudah tepat pukul 4.Adrian keluar dari situ menunggu di luar.Agak sejuk.beberapa kanak-kanak sedang lalu dalam hujan dengan payung.Adrian tersenyum melihat kanak-kanak itu sambil menghirup bau segar hujan.Adrian membelek nombor telefon Zuraini yang diambil nya tadi.Hatinya mula berdebar lagi.Sedang dia mencari nombor telefon,ibunya sampai di depannya.Beralih pandangannya ke kereta.Terus menyimpan telefon bimbit nya dan masuk ke dalam kereta untuk pulang ke rumah.

Sampai di rumah Adrian mengeluarkan semua barang dan membawa masuk ke dalam rumah dan mengambil mp3 player dan sweater nya dan keluar dari rumahnya.Hujan sudah berhenti,tapi cuaca makin gelap dan kosong sahaja.Kawasan rumah Adrian kebanyakan orang sibuk bekerja.Kosong dan lengang sahaja sepanjang masa.Adrian memasang mp3 dan mencucuk earphone ke dalam telinganya.Sambil berjalan kosong Adrian membawa keluar telefon bimbitnya.Dia memandang sekeliling nya yang kosong itu.memasukkan kedua-dua tangan nya ke dalam poket sweater nya.

Dia mengeluarkan telefon bimbit nya kembali.Menaip.

"Hai zu :)" lalu menghantar kepada Zuraini.

"Ah,kenapa kau gelabah ni Adrian?Lepak lah." kata hati Adrian cuba menenangkan dirinya.

Adrian cuma klik on mp3 nya mendengar lagu Superhuman dari Chris Brown featuring Keri Hilson.

Tiba-tiba berbunyi telefon bimbit Adrian.Suka Adrian ingin melompat.

"Sape ni?" balas Zuraini.
"Ni Adrian,budak yang awak tegur haritu." Adrian membalas.

Adrian khusyuk berbalas SMS dengan Zuraini.

"Watpe je?"
"Tgh tgk hujan kat lua rumah smbil dengar lagu.Ann watpe? :)"
"Tgh jalan je ni.Dgr lagu pe tu?"
"Superhuman :)"
"Eh same lah dgn Ann!"
"Hehe,ade chemistry ni."

Zuraini baik orangnya bagi Adrian.Adrian tidak pernah mendapat layanan sebaik ini dari perempuan.Selalunya,perempuan tidak akan membalas SMS nya ataupun memarahnya.Adrian gembira dengan perkenalannya bersama Zuraini.



Friday, November 26, 2010

ALL THE TRUTH ABOUT AMIR ALLEN!!!

AMIR ALLEN.actually,Amir suke typing in English rather than bahasa melayu.Bukan sebab koya English or what.Just dah terbiasa dari kecik memang Amir kena ajar dengan parent type bende-bende remeh pun kena write dalam English.Sebab tu Amir punye MySpace more tu English :p Add la MySpace Amir ok!!!Blog Amir in Bahasa Melayu sebab Amir tershashul actually.Lagipun kalau Amir tulis dalam English sape lah nak follow Amir kn ;p

Dkt MySpace Amir banyak kawan dgn budak oversea more than Malaysian.Mostly U.S.A.Dorang ingat Amir ni American.I'm Malaysian!!Okey,dah agak panjang Amir mengarut ni.Lepas mukadimah,mukadimah lagi kan.haih.


Amir Allen actually bukan lah name betul Amir.Name betul Amir is Amir A_ _ _ _ F_ _ _ _ Bin A _ _ _ .Malas Amir nak btau korang.Yang rapat dengan Amir konfem konfem tau.Allen dkt blakang ni actually sirname seorang wanita yang pernah bersama Amir di suatu ketika dulu.Cettt jiwang pulok dohh -.- Jadi Amir dengan wanita itu teramat lama.Yes!Sangat sangat lama!Paling lama pernah Amir couple!Nak tau berapa??haa 4 hari.


you guys : -.-""


HAHAHAHAHA.Takdk lah,dah bertahun dah.sampai harini pun still.wink wink ^^ 


Okey,enuf dengan jiwang Amir!!! Amir ade sijil kursus Phtography Amir amek dkt Olympia College mase cuti lepas SPM.Amir boleh lah jadi photographer ni.Pandai lah selok belok photography and modelling ni siket.








So tu picture yang Amir pernah take.Amir punye DSLR model tak power pun.Bukan Nikon,Canon ke Sony tapi FUJIFILM jee.Maybe ade yang probably think Menatang ape yang Amir selalu letak Amiruken tu.Amiruken tu Tag Amir untuk Photography Amir.However,Amir lagi suke pakai camera fon je nak amek gambar.Ringan kot ;)






















Amir edit picture gune Adobe Photoshop.Amir tak pro mane pun.Amir belajar sendiri je pakai bnde gila punye susah nak mati ni.Other than that Amir pakai Pro photo,Photoscape,Picasa,Adobe Illustrator,Photoimpact dan Honestech.Senang lagi pakai software ni dari menatang gile Adobe tu kan ;) Antara hasil tangan Amir dengan AP :




























Tu dari editing Amir lah.Tu semua pun Amir buat Hobi je.Ade orang yang kenal Amir sebab Shuffle dance.Jumpe Amir je jerit "HB!!!".hahaha.A'ah Amir shuffle dulu.Amir buat team kat Kuantan ni Hardstyle Behaviour.Amir rase agak maju jugak lah team HB ni.Amir founder kepada team ni.Amir leader.Amir buat duit pun pakai team ni.hehe.Best actually shuffle ni.Ade yang tak suke shuffle kan.Amir just nak cakap kalau korang pernah join shuffle korang tahu value happinees and enjoy tu ape.About Ape yang keluar dkt TV and so on pasal shuffle ni buat rosak anak dara la gejala sosial tinggi la,masuk club la,minum arak la ape la.Bagi Amir its up to us.Korang yang mengarut pergi buat bende tu sape suruh.Amir ni kepala terus shuffle tak pernah pulak buat semua tu kan.S T U P I D.Kalau nak check out more pasal HB ni ade social web sendiri,sign in je dgn click ni.Kat sane nanti korang just sign up then jadi official members and boleh terima update and mcm-mcm fun.



 Sukan?Amir jarang gile bersukan.Tapi kalau orang ajak Amir main bola sepak and futsal :) Amir minat gile  Arsenal F.C.However,favourite footballer Amir bukan lah dari Arsenal.Amir suke Arsenal ni dari Amir kecik lagi.Amir suke Thiery Henry.Gile pro kan France Man ni.

Hah penat dah membebel ni.Amir nk rehat pulak.Ape2 soalan tentang Amir just comment ok.Amir akan reply ;)

Tuesday, November 23, 2010

APABILA CINTA SUDAH DITAKDIRKAN- Dia -Episod 2

"Panas sial lepak kat sini."
"Redha jela."
"Gila kau nak redha tempat panas macam ni!"
"Kau ni kalau campak dalam neraka macam mana lah kan?"
"hahahaha!"

Perbualan Adrian dengan sekumpulan rakannya di waktu perhimpunan untuk hari pertama selepas minggu orientasi bagi sesi tingkatan 4 hari persekolahan.Adrian sebenarnya hanya menunggu namanya disebut untuk mengetahui dimana kelas nya untuk kali ini.Tingkatan 1 sampai tingkatan 3 semuanya Adrian berada di kelas yang rendah.Bagaimana pula dengan tingkatan 4 nya.

"Adrian Fahrien bin Azmi di kelas 4Adil" kata seorang guru yang sedang menyenaraikan nama dan kelas murid-murid.

"Pergh sial,Ann dapat kelas pertama." 
"Mestilah kelas pertama,aku bukan bodoh sangat."
"Kata 6A budak cemerlangkan."
 Adrian terus menggalas beg dan mengikut barisan seperti yang diarahkan cikgu.Adrian berasa amat jengkel dengan tenungan budak-budak di sekolah nya.

"Aku nak pergi masuk mahkamah apa dorang nak pandang pelik macam ni sekali." kata hati Adrian.

Walaupun Adrian jengkel kerana masuk ke kelas pertama,dia masih mempunyai kawan-kawan yang dikenalinya.Sesudah sampai Adrian dengan seorang rakannya pergi ke pejabat sekolah untuk bertanyakan prosedur Biasiswa Yayasan Pahang.Dalam berjalan tiba-tiba ditegur kak Tengku,seorang seniornya.

"Budak kelas 4A kan?"
"A'ah.kenapa?"
"Nanti ada budak perempuan nak masuk kelas kau tahu?Kau ignore je dia."
"Kenapa?"
"Dia tu entah pape kot,mengata orang banyak."
"Oh,okay je.Nak pergi pejabat ni kak."
"Oh,sorry mengganggu korang."

Adrian sampai di pejabat sekolah.Masih sejuk pagi ni.Kawannya pergi bertanya,manakal Adrian berdiri kosong sambil melihat sekitarnya.Ada sesuatu di dalam bilik pengetua yang menarik perhatiannya.Hatinya tiba-tiba berdebar melihat seorang perempuan bergalas beg Converse berwarna pink bersama maknya.Tapi Adrian tak berkesempatan nak melihat wajahnya kerana dia tidak menoleh kearah Adrian.

"Woi,jom gerak tandas jap." sampuk kawannya.
"Oh,jom." Adrian tersedar dalam lekanya.

Sedang Adrian berjalan tenang baru balik dari tandas cuba menghilangkan gelisah dan kebosanan dia,hampir saja di pintu masuk tiba-tiba keluar seorang perempuan yang agak hyper-aktif orangnya.Dia memandang Adrian dan bertanya.

"Korang dari mana ni?"

Adrian tiba-tiba tidak mampu berkata-kata.Dia jarang begini.Yalah,dia memang muka tak tahu malu.

"Pergi tandas tadi." campur rakan Adrian.
"Oh okay." dia membalas dengan senyuman.

Sedang Adrian kaku rakannya menarik dia masuk ke dalam kelas.Adrian duduk dalam kelomok rakan-rakannya berborak.Antara yang ada disitu ialah Ezani,Amin,Yasir,Judin dan Zharif.Semuanya memang dari kelas atasan.Memang agak bijak pandai semuanya.

"Ann,macam mana kau boleh lepas masuk kelas atas ni?"
"Kau tak tahu ke dia dapat 6A?"
"Kau dapat 6A Ann?!"
"Gila pro kau Ann,aku duduk kelas atas dari dulu pun dapat 5A je."
"Habis aku 4A terus.Lagi hebat."

Sedang mereka ashik berborak.Adrian menguap beberapa kali kebosanan mendengar apa yang rakannya borakkan.Dulu dikelas lamanya,mereka selalu borank pasal game,lawak dan bola sepak.Masuk je kelas ni,Adrian kena banyak bercakap tentang pelajaran.

Lalu Adrian menoleh kebelakang.

"Woi Ann!" jerit seorang wanita tiba-tiba datang dari belakang Ann dengan hentakan kakinya.
"Eh,kau Nazirah?!" kejut Adrian melihat perempuan itu.
"Kau pulak yang terkejut tengok aku aku?Aku patot terkejut tengok kau ada dekat sini!" kata perempuan itu.

Nazirah ialah kawan Adrian sejak darjah 5.Nazirah jauh pendiriannya kalau nak dibandingkan dengan Adrian ni.Masa sekolah rendah Adrian suka mengusik Nazirah kerana mereka berdua pengawas sekolah.Walaupun Adrian seorang pengawas sekolah,perangainya tidak seperti pengawas lain.Kerja dia nak main je.Jadi masa UPSR Adrian dapat 3A manakala Nazirah dapat 5A.Nazirah ni memang bijak orangnya.Tapi disebabkan sudah berkawan lama,Adrian yang selalu diejek dan dilemparkan berbagai-bagai cacian selalunya hanya menyimpan dalam hati.Nazirah pula selalu menceritakan masalahnya kepada Adrian.Adrian selalu mencuba yang terbaik dalam menyelesaikan masalah Nazirah.Jadi di sekolah menengah mereka terpisah oleh kedudukan kelas.Nazirah di sekolah memang pelajar terbaik di sekolah.

"Betul juga cakap kau tu." sambung Adrian.
"Aku dengar kau dapat 6A?"
"A'ah."
"Bagus kau ni sebenarnya.Kau buat ni mesti sebab nak dekat dengan aku kan?" usik Nazirah.
"Mungkin.haha."
"I know you."
"Dah la mengarut Nazirah."

Sedang ashik mereka berborak,Adrian merasakan sesuatu yang tak kena dari tadi.Hatinya masih berdebar-debar.Adrian menoleh melihat perempuan tadi.

"Eh Nazirah,siapa nama perempuan tu?"
"Oh budak tu,Zuraini.Kenapa?Berminat?"
"Eh,gila kau."

Zuraini duduk seorang lalu menelan sesuatu sambil minum air kosong yang dibawanya.Dia kelihatan sesat.Walaupun begitu,dia kelihatan peramah.Zuraini mukanya pucat lesu.Kata Amin,Zuraini ni jangan berkawan sangat dengan dia sebab dia teruk.Apa yang Adrian nampak dia hanya wanita biasa saja.

Cikgu Ani tiba-tiba saja mucul dihadapan pintu.Cikgu Ani merupakan Cikgu bahasa melayu kelas 4 Adil.

"Assalamualaikum semua."

Semua pelajar berdiri dan menjawab salamnya dan membacakan doa.Cikgu Ani memandang dengan senyum sinis kepada Adrian.Mungkin kerana Cikgu Ani merasakan Adrian tak mampu untuk berjalan dengan kelas tinggi ini.Walau apa pun,Cikgu Ani mempunyai anak emas nya iaitu rakan karib Adrian sendiri,Nazirah.

Waktu sejarah pula tiba,Adrian berjalan ke tong sampah yang terletak di belakang kelas.Sedang dia berjalan ke tempat duduknya,Zuraini memanggilnya dengan tiba-tiba.

"Ann."

Adrian pandang ke arahnya.

"Sini jap."
"Saya?" tanya Adrian cuba melawan rasa gementarnya.
"Awaklah.Siapa lagi."

Adrian duduk dihadapannya sedang kerusi dihadapannya kosong.

"Ada apa?"
"Sistem teokrasi tu apa?"
"Sistem beraja kot."
"Oh thanks.Awak ni handsome lah sebenarnya."

Adrian muka merah menyala malu dengan apa yang Zuraini baru cakap.Adrian mukanya gelap dan beriras mamak dikatakan dia handsome.Tambahan pula pelajar berhampiran juga dengar apa yang Zuraini cakap.Adrian terus bangun dan pergi ke Nazirah.

"Nazirah,budak baru tu cakap aku handsome."
"Eh yeke?"
"Takkan aku nak main-main pulak."
"Kau jangan nak mengada sangat baru lagi kenal budak tu.Jangan nak percaya sangat apa yang orang cakap.Kau tak kenal hati budi dialagi.Lagipun kau sendiri pun dengar apa yang orang cakap pasal dia kan."
"Yalah,bising je kau ni." 

Sesudah habis waktu sekolah,Adrian pulang dari sekolahnya menaiki kereta yang dipandu ibunya.

Adrian di rumah cabut baju sekolahnya dan baring di atas katilnya.

"Kenapa aku berdebar-debar tadi?"


#############################################################################

Tuesday, November 16, 2010

APABILA CINTA SUDAH DITAKDIRKAN - Adrian Fahrin - Episod 1

"Riuh sungguh masjid ni." kata Adrian kepada dirinya.
Bapa saudaranya baru sahaja bernikah,dan dia hanya berdiri kosong merenung sekitar nya dengan penuh masam mukanya.
"Jom Adrian!" sampuk bapanya dari belakang.
Adrian sedikit terkejut dan melihat bapanya lalu bapanya terus bergerak keluar dari masjid menuju ke kereta.Adrian berjalan selambe mengikut bapanya.
Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon Adrian berdering mesej diterimanya.Dia dengan penuh harapan membuka mesej itu.
"Ann ko dpt 1a je..." SMS dari Afiq.
"Mampos aku kena dengan bapak aku macam ni!" kata Adrian dalam hati nya dengan muka penuh gelisah.

Adrian Fahrin seorang pelajar sekolah harian biasa.Umur baru 15 lepasan PMR.Seorang lelaki yang jauh personalitinya kalau dibandingkan dengan namanya yang akan wanita jangka hebat dan berpenampilan "jambu".Adrian hanyalah seorang lelaki biasa dengan badan yang "kering".Dengan paras rupa yang tak seberapa.Dia seorang pelajar yang tak bijak senang nak cakap.


"Dah ready nak ambil result PMR ni ann?" Tanya bapa Adrian kepada nya ketika memandu ke sekolah untuk mengambilkeputusan nya dengan senyum sinis.
"Err,dah kot." Adrian mengya kan saja apa yang bapanya cakap.


Sesudah sampai di sekolah nya.Adrian bersama bapanya terus menuju ke pejabat sekolah.Adrian dibelakang bapanya berpeluh-peluh gelisah ingin menerima keputusan PMR yang teruk itu.


"Ya Allah,kenapa aku harus diseksa begini!" kata Adrian dalam hatinya.


Sampai di hadapan pintu Adrian dengan muka penuh redha memasuki bilik pengetua bersama bapanya.


"Eh,ada lagi orang ingin mengaambil keputusan,duduk encik." kata puan Hamimah pengetua sekolah kepada bapa Adrian.
"Terima kasih puan.Sorry lambat datang nak ambil result ni sebab Adrian ada majlis perkahwinaan bapa saudara nya" kata bapa Adrian kepada puan Hamimah dengan senyuman.
"Hah Ann macam mana rasa result ann ni?" Sapa pengetua kepada Adrian sambil cuba menyelak dalam lacinya result PMR pelajarnya itu.
"Okey je kot"
"Okey je kot macam mane tu?"
"Macam tu lah." Adrian berbunyi dengan lemah sambil kepala menunduk kebawah.


Tiba-tiba senyap bilik tanpa balasan perbualan mereka.Muka puan Hamimah penuh kejutan.Adrian bertambah gelisah menelan air liur.Bapa Adrian pula menunggu dengan penuh harapan.


"Ann rasa dapat berapa?" 
"6A kot" Adrian cuba untuk tidak kecewakan bapa nya lagi.
"Haha,Apa yang dapat B?"
"Matematik dengan Sains kot."
"Tahniah Ann dapat 6A."


Adrian terkejut beruk memandang muka puan Hamimah dengan penuh rasa pelik lalu merampas keputusan dan menenung bagai nak tembus slip result tu.


"6A2B?!Dah terbalik apa dunia ni?!"

Bapa Adrian terus bangun dah mengucap terima kasih dengan muka penuh gembira dan keluar dari pejabat.Adrian ikut masih tidak percaya dengan apa yang terjadi.Yelah,dia tak pernah dapat walaupun 2A sejak masuk sekolah menengah.Kerja dia,main,borak,buat lawak dan mengganggu orang.Adrian pula dari kelas yang rendah.Tambahan pula ada pelajar yang melabelkan dia sebagai Looser sekolah.

Sampai di rumah semua ahli keluarga tersenyum lebar dengan keputusan Adrian walaupun dia masih kebingungan.Bapanya membawa keluarganya pergi makan Western Food Pakcik Badar yang menjadi kegemaran Adrian sejak kecil lagi pada malam tu.

Apabila balik dari kedai makan semua letih terus masuk ke bilik masing-masing untuk tidur.Adrian masuk ke bilik dia sengan perlahan masih memikirkan apa yang terjadi sebenarnya.Dia terduduk di atas katil nya dan menyandar memandang ke atas.


"Ya Allah,apa baru terjadi ni?Kenapa tiba-tiba boleh kau kasi aku 6A?Sebelum ni aku mintak tak pernah pulak dapat.Apa-apa pun Alhamdulillah syukur."


Tertutup matanya keletihan.


"Tak sabar nak masuk sekolah jadi budak pandai!" kata Adrian perlahan pada dirinya dengan senyum berada sahaja sebelum terlelap.



##########################################################################


Sunday, November 14, 2010

ANTARA JUSTIN BIEBER & JUSTIN TIMBERLAKE,AMIR ALLEN LAGI HANDSOME!!!


 LOOSE!!!

JB kipas: F**K YOU LAH AMIR ALLEN YANG HODOH LAGI CETEK ILMU!!

JT kipas: BONTOT AYAM LAH YOU FAGOT GOT GOAT AMIR KENTOT SIAM!!

AA kipas: AMIR KAU JIJIK SBB CAKAP KAU YANG HODOH TU HANDSOME DARI JB!!

Okey guys.Topic kita pada hari ni actualy MENGAPA AMIR MELEPASKAN TAWARAN BERDUET DGN JUSTIN  BIEBER DAN JUSTIN TIMBERLAKE!!!

You guys:


HAHAHAHAHAHA!tipu jelah!
*bajet ade orang pcye kau amir -.-"

Anyway,tajuk sebenar yang Amir nak cakap dkt sini kenapa JB lebih digilai wanita berbanding JT?Ya adik-adik semua,itulah tajuk yang kita akan bincang pada harini.

First of all,mase mula2 amir kenal JB ni dengar lagu die dalam radio.Lagu one time tak silap.Amir cakap "gedik sial negro ni menyanyi".sekali omputih daa.JT amir takpyah crite pun korang tahu kan.Yang katang sexy kena clash dgn Lembing Britney(Britney Spears) tu.Tgk lah dialog kat atas tu saje dah cukup,PEMINAT AMIR KUTUK AMIR KERANA JB?!Kenape tak kutuk for JT?

Nak kata JB ni handsome,amir lagi handsome.hmm nak kata JB ni puberty pun belum tentu.Nak kate JB ni berbakat,Amir lagi berbakat kan.JT yang dari nyanyi dkt Disney,masuk Nsync,Kelua Nsync,kena dump sane kena dump sini,tapi takdk lah pmpuan tergile mcm gile dkt JB kn.

Kalau kawan korang tanye kenape JB famous eh.Korang nak jawab hape?!Kate up-to-date sangat!ha jawab lah.okey2,korang jawab satu perkataan je dkt dorang.NASIB JE MAMAT TU FAMOUS.satu perkataan lah sangat kan.tapi siriesly la,c'mon malaysian!Justin Timberlake tu dari tak puberty sampai dah berape juta puberty dah pun still tak mcm JB!JB just sitting on a bench pgg gitar dah menyanyi lagu orang lain then naik begitu drastik ya anak-anak.

Drop your comment with antara AA,JB,JT siape lebih handsome? ;)

FOLLOW MY BLOG.