Sunday, May 15, 2011

APABILA CINTA SUDAH DITAKDIRKAN - Hanyut - Episod 4

Sudah hampir seminggu Adrian terus berhubung dengan Zuraini.Terus bermesej melalui telefon.Adrian makin melupakan Nazirah rakan baiknya.Adrian di sekolah semakin rapat dengan Zuraini.Pantang ada selingan siket sahaja,mereka berdua akan berborak.Bahagia nampaknya mereka berdua.Tiba-tiba Nazirah datang menegur.

"Dah lupa aku nampak nya kau Ann"

"Eh,mana ada,kau selalu di hatiku.haha" gelak Adrian.

"Kau ni gila apa Ann!"

Seluruh kelas tiba-tiba senyap tersentak sengan jeritan Nazirah.Nazirah tiba-tiba mengalirkan air mata lari keluar bilik darjah.Zuraini dengan muka tidak bersalahnya.Adrian kebingungan.Seluruh pelajar kelas memandang Adrian.Adrian berasa amat bersalah.Dengan muka yang keliru meninggalkan Zuraini terus keluar ke kelas mencari Nazirah.

Adrian nampak Nazirah sedang berlari sambil menangis.Tiba-tiba loceng berdering.Sedang Adrian mengejar Nazirah,banyak pelajar keluar dari kelas ingin ke kantin.Penuh di kawasan koridor.Adrrian terus cuba mengejar Nazirah.Makin lama kelibat Nazirah hilang disebabkan sesak di kawasan itu.

Yasir dalam perjalanan ke kantin terserempak dengan Adrian.

"Ann,kau kenapa muka macam ayam tak dapat kentot je?haha" Yasir cuba menceriakan keadaan.

Tapi Adrian tetap senyap dengan muka yang penuh hiba.

Adrian pulang ke bilik dajah nya duduk seorang.

"Kenapa agak nya Naziah tiba-tiba marah betul dengan aku?"

"Aku ada buat salah ke?"

"Aku rasa dia memang suka dengan jenaka aku,kenapa tiba-tiba dia berkelakuan begitu?"

Sepanjang waktu,Nazirah tidak balik ke kelas.

"Apa-apa pun aku mesti minta maaf" kata Adrian.

"Mesti dia balik ke sini juga untuk mengambil beg nya" sambungnya.

Adrian tetap menunggu kehadiran Nazirah pulang ke kelas.Tapi tidak juga tiba sehingga waktu terakhir.Zuraini menemani Adrian sambil cuba memujuk Adrian supaya tidak bersedih.Adrian membawa pulang beg Nazirah.

Pulang saja kerumah Adrian mencari telefon bimbit nya.Belum semppat apa-apa sudah ada mesej daripada Zuraini.

"ANN :)"

"Zu memang betul mengambil kisah pasal aku,walaupun aku jauh buruk darinya." kata hati Adrian sambil tersenyum sorang.

Adrian membalas mesej Zu,dan mereka terus berbalas mesej sehingga Adrian tertidur kerana keletihan.

############################################################################

1 comment: